Friday, January 18, 2008

Giatkan Usaha Dalam Penulisan

Entah macam mana sejak akhir-akhir ini, minat dalam penulisan cerpen dan sajak membuak-buak, mungkin rakan-rakan ajak. Mungkin juga setelah dua buah novel telah diterbitan UPENA UiTM Malaysia pada Oktober dan November 2007. Sebuah lagi bakal diterbitkan dalam tahun 2008 ini.

Setakat minggu lepas, dua buah hasil cerpen dan lima buah sajak telah siap dan telah email kepada seorang kawan dari Pahang untuk digabung tenaga dengan karya-karya lima orang kawan penulis Cina supaya diterbitkan Syarikat Penerbitan Pekan Baru. Preface kedua-dua antologi cerpen dan sajak akan ditulis Dr. Lim Swee Tin.

Harapan saya ia akan diterbitkan dalam 2008 ini.