Friday, January 18, 2008

Giatkan Usaha Dalam Penulisan

Entah macam mana sejak akhir-akhir ini, minat dalam penulisan cerpen dan sajak membuak-buak, mungkin rakan-rakan ajak. Mungkin juga setelah dua buah novel telah diterbitan UPENA UiTM Malaysia pada Oktober dan November 2007. Sebuah lagi bakal diterbitkan dalam tahun 2008 ini.

Setakat minggu lepas, dua buah hasil cerpen dan lima buah sajak telah siap dan telah email kepada seorang kawan dari Pahang untuk digabung tenaga dengan karya-karya lima orang kawan penulis Cina supaya diterbitkan Syarikat Penerbitan Pekan Baru. Preface kedua-dua antologi cerpen dan sajak akan ditulis Dr. Lim Swee Tin.

Harapan saya ia akan diterbitkan dalam 2008 ini.

Sunday, November 18, 2007

Saya Rasa Bertuah..............

At last my novel published.............





Ini adalah dua buah novel Melayu yang diterbitkan oleh UiTM. Tahun 2007 merupakan detik bersejarah bagi UiTM Malaysia kerana julung-julung kali UPENA menerbitkan novel Melayu.

Tanggal terbitan novel berjudul 'Kiambang Seri Di Kuala Paya' ialah pada Oktober 2007 manakala tanggal terbitan novel berjudul 'Istikharah Di Persimpangan Pauh Manis' ialah November 2007.